Wanita Bekerja Waktu Malam Risikonya Lebih Tinggi Untuk Diserang Kanser


Berdasarkan dapatan kajian terbaru, wanita yang bekerja pada waktu malam (syif malam) mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi kanser-kanser tertentu.

Secara keseluruhan, mereka mempunyai peluang untuk menghidapi kanser 19 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja pada waktu siang.

Mengikut pecahan pula, risiko 41 peratus lebih tinggi untuk kanser kulit, kanser payu dara sebanyak 32 peratus lebih tinggi dan kanser perut sebanyak 18 peratus lebih tinggi.

Bagi kategori jenis kerja pula, kajian tersebut mendapati bahawa jururawat yang bertugas pada waktu malam mempunyai risiko paling besar untuk menghidapi risiko payu dara dengan 58 peratus lebih tinggi berbanding jururawat yang bertugas pada waktu siang.

Mereka juga didapati mempunyai risiko 35 peratus lebih tinggi untuk menghidapi kanser gastrousus dan 28 peratus kanser paru-paru.

”Penyeledikan yang dilakukan mendapati bahawa bekerja pada waktu malam menjadi antara faktor kepada pelbagai jenis kanser yang dihadapi oleh wanita,”kata Profesor Xuelei Ma daripada Universiti Sichuan di China.

Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini juga mendapati bahawa pendedahan terhadap cahaya pada waktu malam mengurangkan paras hormon melatonin, yang mana boleh mengganggu jam biologi tubuh yang mengawal waktu tidur manusia.

Hormon ini juga didapati turut bertindak sebagai agen kawalan kepada pertumbuhan tumor kanser payudara.


Bagaimana Kajian Dijalankan

Bagi memperkukuh kajian terdahulu, sekumpulan penyelidik membuat penyelidikan untuk menentukan sama ada bekerja pada waktu untuk jangka mangsa panjang mempunyai kaitan dengan risiko hampir 12 jenis penyakit kanser.

Penyelidikan tersebut mengumpul data daripada 61 penyelidikan terdahulu yang membabitkan hampir 4 juta responden dari benua Amerika Utara, Eropah, Asia dan Australia.

Analisis lanjutan kemudian dibuat untuk mencari kaitan dengan kerja lewat malam untuk jangka masa yang lama dengan risiko penyakit kepada 6 jenis kanser terhadap jururawat wanita.

Selepas membahagikan kesemua responden mengikut lokasi, dapatan kajian mendapati bahawa jururawat di Amerika Utara dan Eropah mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi penyakit kanser payudara.

Kajian yang sama juga mendapati bahawa risiko lebih tinggi untuk menghidapi kanser payudara untuk kesemua jenis pekerjaan di waktu malam juga tertunpu pada wanita-wanita di Amerika Utara dan Eropah.

‘Kami terkejut kerana mendapati bahawa kaitan antara kerja malam dengan risiko kanser payu dara hanya tertumpu pada wanita-wanita di Eropah dan Amerika Utara sahaja.

”Ia berkemungkinan wanita-wanita di dua lokasi ini mempunyai hormon seks yang lebih tinggi, yang mana kajian sebelum ini mendapati ia mempunyai kaitan positif dengan pertumbuhan kanser seperti kanser payu dara,” kata Profesor Ma lagi.

Kajian tersebut diterbitkan di Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention. 

Sumber : Daily Mail,Siakapkeli

(Visited 25 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *