(Video)JPJ sita Rolls Royce. Kejutan Bila DiPeriksa Pemiliknya. Terlajak Terkejut.


JPJ sita Rolls Royce..


Kereta Rolls Royce yang didaftarkan atas nama Datuk Aiff Syukri disita kerana kesalahan LKM.

KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

“Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

“Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Sumber:hmetro

sumber: google

Sumber: youtube

(Visited 29 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *