(Video) Shahrol Shiro ‘Sekolahkan’ Budak Basikal Lajak


TULAR sebuah rakaman menyaksikan pelawak, Shahrol Shiro membantu seorang budak lelaki jatuh daripada basikal dalam satu kejadian di Kluang, Johor.

Menerusi video yang sedang tular di media sosial tersebut, Shahrol dilihat yang berada di dalam kereta terserempak dengan lima orang budak lelaki menaiki basikal lajak sedang ‘layan’ perasaan turun bukit.

Tidak lama kemudian, salah seorang daripada budak lelaki itu dilihat terjatuh di tengah jalan. Shahrol yang sedar akan insiden itu, segera memberhentikan kereta dan membantu budak lelaki terbabit.

Kejadian itu telah dikongsi oleh Neelofa menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis berserta kapsyen ringkas yang mana menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengawasi gerak-geri serta kegiatan anak-anak.

“Mula-mula ternampak 5 biji budak-budak basikal lajak tengah layan turun bukit lantas @yusry_tapah mengeluarkan handphone untuk merakam aksi mereka. Tahu-tahu sorang tumbang.

“Dik… Abang tahu hati adik kering. Hati kering biar kena dengan tempat. Kalau abang laju tu, dah tentu awak kat bawah kereta. Confirm abang ke dalam dulu untuk siasatan.

“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat pantaulah anak-anak. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita. Kepada adik-adik basikal lajak, kalau member tanya “Nak berembat OnxOn??”

 

“JANGAN KASI ON!!! Adik-adik mampu merubahnya👍 #TaknakBahayakanDiri #MyGeneration #Shiro #Success #Humble #Intelligent#Respect #OrangKampung,”tulis pelawak itu menerusi entri berkenaan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Sehingga kini, rakaman yang mendapat lebih 400,000 tontonan itu terus menjadi perhatian khususnya di laman Instagram dan YouTube.


Sumber: mynewshub

(Visited 40 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *