(Video) Menceriakan Pelarian Syria Dengan Berkongsi Hari Paling Bahagia Mereka.


Lebih bermakna, pasangan Malaysia ini buat kenduri kahwin bersama pelarian Syria
Nadia Rahmat dan Aiman Amir rai majlis perkahwinan mereka bersama pelarian Syria di sempadan Turki – Syria – Foto Nadia Rahmat

KUALA LUMPUR: Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ada bermacam-macam cara dan gelagat sebagai mengingati hari bersejarah mereka.

Ada yang berpakaian ala adiwira, berarak menggunakan kenderaan khas dan juga berarak menggunakan motosikal berkuasa tinggi.Berbeza dengan pasangan Nadia Rahmat dan Aiman Amir, mereka mahu meraikan hari berbahagia mereka bersama pelarian Syria.

“Kami telah berada di sini sejak Disember, selepas sebulan bernikah, bagi mengetuai misi Musim Sejuk yang dibahagikan kepada tiga fasa.

“Niat dan idea ini diajukan oleh Aiman, sebelum kami bernikah lagi, dan disambut baik oleh semua.

“Maka kami memilih untuk melakukan majlis ini pada fasa ketiga misi musim sejuk yang turut disertai ahli keluarga kedua-dua belah pihak,” kata Nadia Rahmat, sukarelawan Malaysia Life Line for Syria yang dihubungi Astro AWANI pada Ahad.Katanya, Gaziantep, Turki dipilih kerana lokasi itu memberi seribu satu kenangan buatnya bersama suami yang sering berurusan dengan membantu pelarian dan mereka merasakan tiba masanya meraikan hari bahagia bersama pelarian Syria yang berlindung di sana.

Persediaan rapi bersama keluarga dan sukarelawan pelarian Syria yang lain
Persediaan rapi bersama keluarga dan sukarelawan pelarian Syria yang lain

“Perancangan awal adalah untuk melakukan majlis di Kilis, iaitu pintu sempadan Turki-Syria, tetapi keadaan di Kilis agak tegang akibat pelancaran serangan tentera Turki ke atas puak Kurdish di Afrin yang membuat kami mengambil keputusan untuk menukar lokasi atas faktor keselamatan,” jelasnya yang menjadi wanita pertama memimpin misi bantuan ke Syria.

Bagi Nadia, kesulitan hidup yang melanda rakyat Syria sentiasa dekat di hati malah sentiasa memberi kesan yang mendalam di setiap urusan kehidupan.

“Kami cuba sampaikan rasa gembira kami dengan meraikan majlis bersama-sama dengan pelarian Syria.

“Aiman telah membantu pelarian sejak tahun 2013 melalui tugasnya sebagai jurufoto dan operasi lapangan, manakala saya sejak 2016, maka ianya memberi kesan yang mendalam pada hati-hati kami.

“Kami rasa perlu untuk kami kongsikan kegembiraan kami, dengan menjamu mereka, disamping membantu mengurangkan tekanan hidup mereka sebagai pelarian di negara orang,” jelasnya lagi.

Biarpun tidak semua ahli keluarga dapat berkumpul pada majlis kali ini, bagi mereka cukuplah sekadar wakil keluarga iaitu adik dan sepupu serta ayah mertuanya ada bersama mereka meraikan hari yang berbahagia ini.

“Selain dapat mengikuti dan memahami akan kerjaya kami membantu pelarian Syria di sempadan.

“Mereka dapat lihat sendiri akan kesengsaraan pelarian alami,” katanya.

Antara pelarian Syria yang turut membantu
Antara pelarian Syria yang turut membantu

Majlis perkahwinan pasangan ini akan diadakan di Bangunan Persatuan Ash Sham di Gaziantep, organisasi yang mengendalikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pelarian.

Tetamu yang dijemput adalah sukarelawan di Ash Sham, wakil rakan kerjasama dari Bonyan, Ola Hallak serta ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pelarian yang dianggarkan berjumlah 150 orang.

Sham, wakil rakan kerjasama dari Bonyan, Ola Hallak serta ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pelarian yang dianggarkan berjumlah 150 orang.

Sumber:astro awani

(Visited 15 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *