(Video) Lelaki kudung mati ketika protes. Foto & Video terakhir sebelum syahid.


Lelaki kudung mati ketika protes

ANTARA gambar akhir Ibrahim menunjukkannya melarikan diri daripada pertempuran, kelmarin. – Daily Mail

Gaza City: Seorang lelaki yang hilang kedua-dua kakinya dalam serangan Israel dua dekad lalu disahkan antara empat yang mati dalam bantahan di Gaza City, kelmarin, ketika protes terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Ibrahim Abu Thurayeh, 29 – yang sering dilihat memprotes di sempadan Gaza dan Israel dengan menggunakan kerusi rodanya – disahkan ditembak mati ketika pertempuran dengan tentera Yahudi, kelmarin.

Dia hilang kedua-dua kakinya pada 2008 ketika serbuan Israel di kem pelarian Al-Bureij selepas disasar helikopter tentera apabila menurunkan bendera Israel di sempadan yang digantikan bendera Palestin.

“Kejadian itu tidak memudarkan semangatnya membantah demi Baitulmaqdis. Setiap hari dia ke sempadan sendirian,” kata abangnya Samir.

Beberapa jam sebelum kematiannya, Ibrahim dilihat memanjat tiang elektrik untuk mengibarkan bendera Palestin selain menaikkan video ke media sosial dengan berkata: “Ini tanah kami, kami tidak akan melepaskannya. Amerika mesti membatalkan keputusannya.” – AFP

Sumber:hmetro

Sumber: twitter

(Visited 19 times, 1 visits today)

Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *