“Tak datang tapi kecoh..”Jawapan Neelofa Setelah Dikecam.


PENGACARA dan pelakon popular Neelofa mempertahankan tindakannya mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-29 di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, malam tadi walaupun menerima kecaman teruk daripada netizen.

Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTop, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.

“Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah, tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.

“Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku,” katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria itu, malam ini.

Sebelum ini, majlis berkenaan tular di media sosial menyebabkan Neelofa menerima kecaman teruk.

For this @naelofarhijab #BeLofabyNH launch event, we went neon! ✨

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Sumber: hmetro, instagram neelofa

(Visited 28 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *