Tahniah! Kak Girl Kini Pelakon Drama, Filem


Kak Girl Kini Pelakon Drama, Filem

Kak Girl mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Foto SHAARI CHE MAT

SIAPA tidak kenal dengan nama Kak Girl yang sering tampil dengan aksi menghiburkan menerusi siri video parodi lip sync sambil menari dalam kereta dipandu suaminya.Gelagat yang bersahaja dan melucukan itu mula memberi tuah kepadanya dalam mengorak langkah dalam bidang seni yang memang menjadi minatnya.Dedah pemilik nama sebenar Nur Amira Maslan, 31, ini, dia kini sudah membintangi empat buah drama selain bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul Jeritan Jin tidak lama lagi.”Hasrat hati tu nak jadi penyanyi dan buat konsert jelajah tetapi malangnya saya tiada bakat menyanyi.

“Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan pula yang semakin banyak dan setakat ini sudah empat buah drama saya bintangi selain bakal membintangi sebuah filem,” katanya kepada mStar Online.

Aksi lucu dan bersahaja Kak Girl di Instagram sentiasa mencuri perhatian.

Selain Jeritan Jin, Kak Girl baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Terbalik dan Zam dan Shah untuk siaran TV3.

Manakala drama Abang Lori Ohsem untuk siaran HyppTV kini masih dalam penggambaran.

Penyampai radio Best FM ini berkata, dia sendiri tidak menyangka mendapat pelbagai peluang dalam lakonan dan dia tidak berhasrat untuk melakukannya secara suka-suka.

Sebaliknya kata Kak Girl, dia ingin serius terhadap dunia lakonan dan bersyukur apabila peminat memberikan respon yang baik terhadap lakonannya.

“Lakonan memang minat saya jadi niat tu memang hendak teruskan sampai bila-bila dan kepercayaan diberikan produksi memang saya hargai dan buat bersungguh-sungguh.

Kak Girl juga bertugas sebagai juruhebah radio Best FM.

“Pada saya soal fizikal tidak lagi jadi penghalang kerana penonton sekarang sudah bersikap terbuka, janji kita ada bakat dan boleh berlakon, Insya-Allah kita diterima baik.

“Alhamdulillah lakonan saya dalam drama mini di Youtube berjudul Mocha Kau Bahagia sebelum ini pun mendapat maklum balas positif penonton dan ia sedikit sebanyak menaikkan semangat saya,” ujarnya.

Tambah Kak Girl berkata, dia juga bertuah kerana watak diberikan bukan stereotaip drama bergenre komedi sahaja sebaliknya pelbagai.

Sementara itu, Kak Girl berkata, dia tidak berasa kekok berada di set penggambaran kerana sebelum ini pernah aktif berlakon teater di Johor.

“Sedikit sebanyak pengalaman sebelum ini banyak bantu saya untuk dalami watak diberikan selain tidak berasa kekok ketika di set penggambaran,” ujarnya yang turut mendapat sokongan penuh suaminya untuk serius dalam bidang lakonan.

Sumber:mstar

Sumber:youtube

(Visited 17 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *