Subhanallah .. Berkat Ketabahan Seorang Isteri, Suami Kini Kian Pulih – Puan Siti Rohayu.


Besut – Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Siapa Tak Kenal Puan Siti Rohayu yang selalu memuatnaikkan perkembangan suaminya dari selepas accident, tak boleh bergerak sehinggalah sekarang. Admin masih ingat lagi ada beberapa video yang Admin tengok dan telah melelehkan air mata jantan Admin apabila anak Mereka cuba untuk mengejutkan ayahnya yang lumpuh tidak bergerak. Puan Siti Rohayu juga mengupdate setiap perubahan positif yang berlaku dari hari ke hari sehinggalah ke hari ini (20 Jan 2018) adalah merupakan hari yang ke 262 suaminya lumpuh.

Dibawah adalah Update Puan Siti Rohayu pada hari ini (Hari ke 262);

Hari ke 262

Ramai yang xthu niat umy ni,sebenarnya umy bkn suka2 nk p KL..bukan niat bercuti,jangan silap faham,umy berusaha ubati aby..dh mcm2 tempat dh umy bawa n rawat aby,sblm ni umy xbgthu je..ni kali pertama umy bgthu semua sbb makin ramai yang mgenali kami,takut nanti terjumpa kan..
umy sebenar bukan ada duit n bukan banyak duit pun,tp umy mencari rezeki sendri sbb niat nk merawat aby,bila dh lepas cukup mkn pakai kami,selebihnya baru umy fikir tempat utk pergi berubat aby..kereta pula,dekat komen umy ad terbaca,sebenarnya bukan kereta umy tu..tu kereta suami kakak umy,dia bg pinjam pd umy..sbb nk sruh aby selesa,sebenar umy plan nk bawa dgn ambulance tp ambk kos yang mahal tetapi umy bayar pd yg selalu bawa ambulance tu,umy ajak dia teman umy n kami bergilir bawa kereta.
Ada rezeki umi akan beli kereta yang lebih besar,utk keselesaan aby..Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik,umy ada dekat kuantan sekarang ni..berhenti rehat n bg susu pd aby,semalam umy bermalam dirumah abg umy dekat PAKA,tQ pada semua yang mendoakan kami
MRMZ

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Sesungguhnya Cinta seorang Isteri dan Seorang Ibu itu sangat tulus. Admin doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.

Sumber dari TerengganuTimes dan diedit oleh Islam itu Indah

(Visited 55 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *