Selepas Jakim, Kini JPN Terpalit Isu Identiti Sajat


>

Nur Sajat.

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengambil tindakan susulan berikutan aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.Langkah itu selepas video rakaman perbualan antara penulis blog berkenaan dengan pegawai JPN dimuat naik di akaun media sosialnya pada Isnin.Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, setiap aduan yang diterima jabatan itu akan disiasat.

“JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.


Paparan skrin perbualan seorang penulis blog yang membuat aduan kepada seorang pegawai JPN mengenai Sajat.

Bagaimanapun beliau berkata, JPN bertanggungjawab menjaga dan memelihara rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.

“Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” tambahnya lagi.

Menerusi video berdurasi kira-kira tujuh minit itu, penulis blog tersebut menghubungi pegawai JPN bagi membuat aduan mengenai identiti Sajat.

Komunikasi dengan pihak JPN itu rentetan sebuah video sebelum ini kembali tular, di mana ia memaparkan Sajat menunjukkan sekeping kad pengenalan yang didakwa miliknya dan memaklumkan jantinanya.

Paparan skrin video yang kembali tular, memaparkan Sajat menunjukkan sekeping kad pengenalan.

Sementara itu, Sajat ketika ditanya mengenai video rakaman perbualan penulis blog tersebut dan pegawai JPN hanya menjawab ringkas: “No komen, itu saja.”

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menjelaskan bahawa jabatan itu bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam pada 16 Januari lalu.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.

Jakim Makin Hampir Dedah Identiti Sebenar Sajat

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan masyarakat susulan pertemuan bersama Sajat dan ibu bapa usahawan itu.

Beliau menjelaskan, Jakim bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak.

“Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya dalam kenyataan di Facebook lewat petang Jumaat.

Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, keputusan tersebut hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai.

Selain itu katanya, ia juga perlu disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan Jakim.

Dalam pada itu, Mohd Izwan berkata, Jakim menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan menerusi sebuah video yang menuduh pihak Jakim menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.

Selasa lalu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selasa.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.

Sumber: mstar

(Visited 21 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *