Selepas Fazura Dedahkan Status Kehamilannya Pada Umum ada je Mulut Puaka yang Komen..


Selepas Fazura Dedahkan Status Kehamilannya Pada Umum ada je Mulut Puaka yang Komen yang agak melampau..

Ditegur kerana makan pada kuantiti yang banyak dalam sebuah video, pelakon dan penyanyi popular Fazura berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua.

Melalui sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram @divaletopsdotcom menunjukkan pelantun lagu Sayangi Dirimu itu tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita.

“Banyak makan sis. Tak makan ke tadi sis?,” tanya wanita itu.

Fazura, 34, dengan bersahaja menjawab, “Bukan, kot kot mengidam ke apa. kot kot lah.”

Jawapan Fazura itu disambut dengan keterujaan wanita berkenaan serta beberapa rakan yang lain sambil mendoakan perkara itu menjadi kenyataan.

Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan, Trudolly, di London yang menampilkan dirinya sebagai duta produk tersebut.

Video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan rata-rata peminat melalui ruangan komen juga mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.

Sebelum ini, menerusi sebuah video yang tular di laman Instagram, Fazura secara bergurau mengatakan dia mengidam selepas ada seorang wanita bertanyakan mengapa pelakon itu tidak berhenti makan.

Peminat mula berspekulasi dan ada juga yang mengatakan perkara tersebut sebagai salah satu tanda awal kehamilan.

“Sejujurnya, saya sendiri belum tahu yang saya hamil atau tidak. Saya belum melakukan sebarang pemeriksaan.

“Saya memang kuat makan pun, ramai orang tahu yang saya gemar menikmati makanan dan selepas itu saya harus bersenam untuk mengimbanginya.

“Video tersebut hanya sebagai satu gurauan sahaja. Tak sangka perkara tersebut diperkatakan.

“Jika benar saya disahkan hamil, saya akan umumkan kepada semua pihak, Insya-Allah. Jika ada berita baik, pastinya saya akan kongsi. Buat masa sekarang, doakan yang baik-baik,” kata Fazura yang ditemui sebelum majlis tayangan filem Ayat Ayat Cinta 2 bersama peminat sebentar tadi.

Memegang watak Brenda, pelakon ini meluahkan rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan produksi terkenal Indonesia.

“Saya tak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Penglibatan saya dalam filem ini saya sifatkan sebagai peluang dan rezeki untuk saya kembangkan portfolio sebagai pelakon.

“Alhamdulillah, filem ini mendapat sambutan positif di Indonesia dan saya berharap filem ini mendapat respon serupa di Malaysia,” katanya lagi.

Selain Fazura, Ayat Ayat Cinta 2 yang dijayakan oleh Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Bront Palarae dan ramai lagi ini telah mula ditayangkan di Malaysia semenjak 11 Januari lalu

Komen puaka dari Netizen yang tak bertanggungjawab..

Netizen tersebut terus Mendapat cercaan dari Netizen lain atas keceluparan komennya.

Sumber  – hangatkecoh/ gempakzviral

(Visited 339 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *