Sedih. Racist.Nabila Terpaksa Kenalkan Dirinya Artis Popular Nak Dapat Layanan Mesra. Nasiblah orang Malaysia ni ada budi bahasa..


Menerusi laman Twitter Nabila berkongsi pengalaman bercuti di Maldives. Foto Instagram @kupu_kupu

PELAKON Nabila Huda berkongsi pengalaman bercuti bersama keluarga di sebuah pulau peranginan di Maldives, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Nabila berkata dia menerima layanan kurang mesra daripada masyarakat di sana dan menyifatkan mereka agak perkauman.

“Tak faham kenapa beberapa orang di sini agak perkauman. Kalau warga asing bukan main senyum layanan baik tapi nampak palsu. Kalau orang Asia, buat muka. Nasiblah kita orang Malaysia ni ada budi bahasa.

“Bila terangkan siapa kita sebenarnya, I’m a celebrity from Malaysia, I’m famous, barulah nak layan sebaiknya. Kalau boleh tapak kaki pun nak cium. Tapi memang tak perlu nak terangkan semua tu.

Nabila berkongsi pengalamannya bercuti.

“Layanan baik ni nak kena ikut darjat eh?,” tulisnya di laman sosial tersebut.

Nabila Huda bersama suami, Mohd Izwan Johar, dan anak, Keisha Laila mengambil peluang bercuti di pulau peranginan popular itu sejak 31 Januari lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik ini berkata dia menerima layanan baik daripada penduduk sekitar pulau, namun kesabarannya diuji ketika berurusan dengan masyarakat bandar di negara itu.

“Orang dekat pulau baik gila. Lemah lembut, orang dekat bandar kena banyak bersabarlah.

Seronoknya… Nabila bersama suami dan anak meluangkan masa di pulau peranginan popular dunia.

“Susah sangat ke nak senyum? Aku ni okay je strangers dekat mana-mana jumpa pun sentiasa senyum walaupun tak ada respons.

“Nak senyum dan be friendly kena pilih ikut warna kulit ke? Kita tak ada beza pun, semua sama,” katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman berkenaan bersetuju dengan pendapat Nabila dan meminta pelakon berusia 33 tahun ini bersabar dengan kerenah manusia.

Posting tersebut menerima ratusan kali ulang kicau (retweet) dan tanda suka daripada pengikut.

Gonna miss you #kanuhuramaldives !Thank you for your hospitalities..😘

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Sumber:mstar

(Visited 18 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *