Rumah Murah Johor Gila ‘Tak Masuk Akal’.


 Harga rumah murah Johor ‘tak masuk akal’

MOHAMED Khaled (tengah) menyampaikan sijil penerima rumah pangsa pada Majlis Penyerahan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MYHOME) dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Bandar Tiram. – Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Usaha kerajaan negeri membina rumah mampu milik dengan harga serendah RM35,000 hingga RM150,000 seunit dianggap harga ‘tidak masuk akal’ dan sukar dipercayai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata agenda rumah mampu milik Johor adalah manfaat yang menjadi kelebihan unik dan tersendiri kepada masyarakat Johor sahaja.

Katanya, boleh dikatakan hampir tidak ada mana-mana negeri lain di Malaysia yang mempunyai projek pembangunan perumahan mampu milik yang baik dan moden seperti dilakukan di Johor dan ditawarkan pada harga yang rendah.
“Malangnya ramai yang terlepas pandang atau ramai yang tidak sedar dan mengambil peduli.

“Untuk makluman semua, projek perumahan mampu milik yang setaraf dan serancak di Johor sekarang ini sebenarnya hampir tidak ada di mana-mana negeri.

“Pakej rumah dengan harga yang rendah ini hanya ada dan ditawarkan di Johor sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Majlis Penyerahan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MYHOME) dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Bandar Tiram, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempahan Johor, Datuk Md Jais Sarday serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Pada majlis itu, sebanyak 630 unit perumahan rakyat dan mampu milik di Bandar Tiram yang memulakan pembinaan pada pertengahan tahun 2014, siap sepenuhnya.

Mohamed Khaled berkata, beliau yakin tidak ada skim atau projek yang lebih baik, murah dan banyak daripada yang kerajaan negeri laksana di Johor.

“Harga ini bukan sahaja jauh lebih rendah dari pasaran semasa, malah kualiti rumah yang dibina adalah sangat baik.

“Bagi sesetengah masyarakat luar Johor, harga ini adalah tidak masuk akal dan sukar untuk mereka percayai tetapi itulah hakikat di Johor. Harga rumah mampu milik kita benar-benar mampu milik,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, pembangunan rumah mampu milik di Johor bukan berlaku dengan sendiri atau secara kebetulan, sebaliknya ia adalah hasil ketegasan dasar dan aspirasi yang jelas di pihak kerajaan negeri yang mahu pembangunan seimbang.

Sumber: berita harian

(Visited 1 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *