‘Pick Up Line’ Anak Joy Revfa Menusuk Jiwa!


‘Pick Up Line’ Anak Joy Revfa..

Joy Revfa bersama anak kesayangannya, Arryan Firdaus. Foto Instagram @joyrevfa

SEJAK sah bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada Oktober lalu, usahawan Joy Revfa dilihat lebih menumpukan kepada perniagaan dan anak lelakinya hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Arryan Firdaus.

Menerusi perkongsian terbaharu Joy di Instagram peribadinya pada Isnin, pengikutnya sayu dan tersentuh hati dengan kata-kata Arryan yang menggelarnya sebagai super hero.

Joy menerusi status di Instagram menulis, dia ingin membeli permainan super hero untuk anak kesayangannya itu namun ditolak oleh kanak-kanak berusia empat tahun itu.

“Arryan tak nak super hero lagi, ibu…”

“Kenapa? Nanti ibu belikan super hero Arryan…”

“Arryan tak nak…! Kan ibu super hero Arryan…” tulis Joy di Instagram.

Perkongsian Joy mengenai anaknya turut mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Joy menerusi status sama turut meluahkan rasa sayu terhadap anaknya itu yang menganggap kanak-kanak itu sudah bijak berkata-kata.

“Tersentuh pula ibu dengar… Pandai tak Arryan main ‘pick up line’ untuk ibu?

“Nak suruh bodek beli apa ntah… ni mesti Mak Long dia ajar ni,” katanya.

Perkongsian Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, itu turut menyentuh hati pengikutnya yang rata-rata menganggap ia perkara paling manis di antara ibu dan anak.

Malah ramai menganggap Arryan seorang kanak-kanak yang cerdik dan mendoakan agar dia terus menjadi anak yang soleh.

Pengikutnya juga meminta agar Joy lebih kerap memuat naik gambar Arryan selain video keletah kanak-kanak comel itu.

Sumber: mstar

(Visited 16 times, 1 visits today)

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *