“Patutla fathia tya bila nk bunuh diri”-Komen Netizen.


Rakaman yang dimuat naik di Instagram Liana mengundang kecaman netizen. Foto Instagram @km_lianarosli

GARA-GARA sebuah rakaman video di Instagram, pelakon Iqram Dinzly dan pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau dipanggil Kak KM menerima kecaman netizen.Menerusi video berdurasi 60 saat yang dimuat naik wanita tersebut, Iqram dan Liana dilihat sedang menikmati ais krim dengan aksi menggiurkan dan dianggap lucah oleh netizen.Video tersebut dipercayai dirakamkan ketika mereka berdua mengunjungi majlis malam berinai pelakon Betty Rahmad di Kuala Lumpur.Rata-rata pengikut laman berkenaan meluahkan rasa terkejut dengan aksi tersebut dan meminta kedua-dua selebriti ini bertaubat.

Antara komen yang ditinggalkan pengikut di laman Instagram wanita berkenaan.

“Bawa mengucaplah kakak, semoga diberi hidayah oleh Allah SWT,” tulis Marzizawanie dan Auni_Syahadib.

“Ingat Allah sis, kita hanyalah hamba yang lemah, bila-bila masa dia boleh tarik nyawa dan nikmat, di dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi,” kata Mimieyy.

Dalam pada itu, ada juga segelintir pengikutnya terhibur dengan aksi ‘panas’ yang dilakukan oleh Iqram bersama anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu.

Mereka menganggap rakaman tersebut hanyalah gurauan yang sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menghiburkan pengikut di laman sosial.

Iqram sering mencuri tumpuan netizen dengan aksi pelik dan dianggap lucah di laman sosial. Foto Instagram: iqramdinzly

“Macam-macamlah, sampai tersedak Iqram. Adoi, kelakar betul Kak KM ni,” kata Aleyalishadanish.

“Puas gelak. Dua-dua orang ni lucu, jangan stress-stress okay. Kita enjoy saja,” kata mhdzailan.

Sebelum ini, penularan video Iqram Dinzly yang menyaksikan dia tampil melakukan aksi pelik dan seakan-akan lucah di laman sosial peribadinya terus hangat diperkatakan netizen.

Malah, pelakuannya itu turut mencuri tumpuan beberapa tokoh agama dan pakar perubatan yang berhasrat mahu membantu aktor berusia 36 tahun itu.

Sumber: mstar

(Visited 32 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *