” Pakcik dan makcik tak kisahkan anak jadi pondan,asalkan anak kasi kereta mewah dan rumah dah cukup kan?”


Sebut sahaja nama Safie Ilyas,ramai orang tahu akan perjalanan hidup lelaki ini. Bermula sebagai seorang anak Felda, kemudian heboh dia jadi wanita jadian kemudian berjaya dalam bisnes, Safie mula viral di laman sosial.

Namun begitu, ramai yang punya pelbagai perasaan bila mengenangkan kehidupan Safie Ilyas. Awalnya ramai yang cemburu tengok Safie naik kereta mewah,duduk rumah mewah,namun di duga untuk terpaksa melawan nafsu untuk jadi ponda dan mak nyah ternyata satu dugaan yang berat dan ramai tidak sanggup terima ujian macam itu.

Bila ramai orang rasa marah sebab tertipu dengan sikap Safie Ilyas yang di katakan cuma insaf sekejap untuk jual produk kemudian memondan semula,makanya ramailah netizen merasa perbuatan itu sangat tidak bagus untuk tatapan ramai apatah lagi dia sekarang semakin popular.

Ramai yang tanya,ayah dan mak Safie ini memang tak nasihatkan anak ke kerana di biar sahaja macam gitu jadinya. Ada yang berkata ” Pakcik dan makcik tak kisahkan anak jadi pondan,asalkan anak kasi kereta mewah dan rumah dah cukup kan?” Mana taknya sedih hati ayah Safie bila orang cakap macam tu, sampai ayahnya demam-demam sebab memikirkan pandangan orang terhadap anaknya.

Dalam satu perkongsian, Safie menyatakan ayahnya ada berkongsi rasa hati. Ayah dan ibunya ada datang jumpa Safie dekat Kuala Lumpur. Kata ayahnya :“xpe lah orang nak cakap apa.. yang salah memang tetap salah.. orang akan nampak kita ni buat dosa je.. tapi Allah nampak awk bersusah payah untuk bertaubat setiap masa.. ayah dan mak sentiasa doa yang terbaik untuk awak apit.. bisnes elok2 mak dan ayah nak sangat pergi haji tahun ni” 😣😣😣”.

Hmm,kalau anda yang menjadi ahli keluarga Safie Ilyas,apa yang boleh anda buat.Berdoa,beri nasihat dan berharap di berikan hidayah. Itu sahaja kita mampu lakukan,betul tak?

Sumber:kisahdunia.com

(Visited 28 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *