Nota Tulisan Iqram 10 Hari Sebelum Bapa Meninggal Sentuh Hati



Iqram mendedahkan mengenai nota yang ditulis buat Allahyarham bersempena dengan hari kelahiran bapanya yang ke 72 pada Sabtu lalu.

TINDAKAN pelakon Iqram Dinzly mendedahkan nota terakhir penuh emosi yang ditulis buat Allahyarham bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said di Instagram miliknya menyentuh hati netizen.

Iqram mendedahkan dia menulis nota tersebut 10 hari sebelum bapanya meninggal dunia dan ia sempat dibacakan kepada arwah yang di antara isi kandungannya meminta bapanya mendoakan agar dia bertemu jodoh.

“Doakan Iqram bertemu jodoh yang baik dan dapat melahirkan zuriat yang baik demi warisan #Dinzly, Papa ya. I will do my best slowly and surely dengan niat Lillahitaala. Amin,” tulisnya.

Iqram mendedahkan mengenai nota yang ditulis buat Allahyarham bersempena dengan hari kelahiran bapanya yang ke 72 pada Sabtu lalu.

“Semoga Papa menyambut usia 72 tahun di sana dengan cahaya dan perlindungan dari yang Maha Esa. Maaf kerana tidak bersama.

Posting menyentuh hati yang dimuat naik Iqram. 

“Kerana Iqram sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iqram perkatakan melalui penulisan terkahir Iqram kepada Papa di malam hari kelahiran Iqram yang ke 36 lepas.

“Ini adalah saat terakhir kita bersama di dunia dan Insya-Allah akan jumpa nanti di sana,” tulisnya lagi.

Saipuddin meninggal dunia pada 10 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, menerusi nota berkenaan, Iqram meminta bapanya mendoakan agar segala urusan ujian dan dugaan yang dilaluinya dipermudahkan.

Malah Iqram turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana telah menjalankan tugas dengan baik mendidiknya menjadi seorang manusia yang muslim sebenar.

“Semua cakap Papa adalah pejuang. Papa telah melakukan kerja yang baik dan ramai yang mendoakan Papa, Alhamdulillah.

“Papa, terima kasih kerana mengajar Iqram tentang bagaimana ingin menjadi seorang manusia dan muslim yang sebenar,” katanya.

Papa oh Papa ! #Happybirthday Semoga #Papa celebrate usia 72 tahun disana dengan cahaya dan perlindungan dari Yang Maha Esa . Maaf kerna tidak bersama . Kerna IQ sedang usaha untok kotakan kata – kata yang pernah iq perkatakan melalui penulisan terakhir IQ kepada Papa dimalam hari kelahiran IQ yang ke 36 tahun lepas dan inilah saat terakhir kita bersama didunia dan InsyaAllah akan jumpa nanti disana . See ya my big baby 👶 [ #papakuterlantarlagi ] Nota terakhir buat PAPA yang sempat dibaca dan 10 hari kemudian pulang ke rahmatullah : “ Jangan lupa selalu zikir dan mohon doa dari Allah yg terbaik untok papa dan seluruh keluarga . Ini bukan tempat kita papa . Disana lagi indah buat kita hambanya Allah swt & umatnya Rasullullah saw . Namun sekiranya papa nak berjuang sama , papa kena banyak bersabar . Dan doakan supaya segala urusan ujian dugaan dipermudahkan buat iq dan lain lain ya papa . Everyone said you are warrior . You done a great job . Dan ramai yg mendoakn papa . Alhamdulillah . Papa , thanks for teach me how to be human n real muslim . Doakan iq bertemu jodoh yg baik yg dpt lahirkan zuriat yang baik demi warisan #Dinzly papa ya . I will do my best slowly & surely , dengan niat Lillahitaala. Aaminnnn. “ —————————————— 💛 #Alfatihah buat Almarhum Ayahanda Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said #papakukembali ] Tahniah #mama sebab #sabar menghabiskan #mamakuiddah4bulan10hari dengan #tenang sekali . Maaf atas segalanya . 😢

A post shared by Bawaabata.merebucks (@bawaabata.merebucks) on

Semalam 3 | 3 #birthday Almarhum AyahNgah . Semoga dapat celebrate dengan Papa , Kakak , Kak Naz dan yang lain lain disana ya . Sorry , cannot celebrate together gather lagi dan InsyaAllah nanti kita #samasama . Have fun ya ! #happybirthday . Pun pergi tahun yang sama #2017 , dimana #papa masuk hospital seminggu , dia pula check in masuk , papa check out , selang beberapa hari kembali ke rahmahtullah , sepi . Sebelum tu anaknya , arwah sepupu ku pun kembali 3 bulan sebelum . Dan selepas 3 bulan ayahanda hamba follow sekali . Dan yang paling akrabnya adik beradik ini , bersama – sama pergi menunaikan #haji . MasyaAllah aturan Illahi . Camgini 👍 ——————- #Alfatihah buat Almarhum MD ROSDI bin Dato Seri Haji Ahmad Said .

A post shared by Bawaabata.merebucks (@bawaabata.merebucks) on

Sumber:mstar

(Visited 13 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *