Malaysia F1 Berlumba Dalam ‘Sauna’


Berlumba dalam ‘sauna’

Bottas anggap Grand Prix Malaysia sangat mencabar
VALTTERI BOTTAS menjangkakan cuaca panas di Sepang hujung minggu

VALTTERI BOTTAS menjangkakan cuaca panas di Sepang hujung minggu ini menjadi cabaran terbesar buat Mercedes.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Pemandu Mercedes AMG Petronas, Valtteri Bottas menyifatkan aksi Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu ini seperti berlumba di dalam sauna susulan cuaca negara ini yang panas dan lembap.

Jelas pelumba Finland berusia 28 tahun itu, kea­daan cuaca di Litar Antarabangsa Sepang bakal memberi cabaran terhadap gaya pemanduannya dalam usaha memburu podium pertama selepas GP Rusia dan Austrian musim ini.

“Perlumbaan di Malaysia, se­perti berada di dalam sauna. Saya perlu memakai pakaian ke­selamatan, termasuk topi keledar.

“Jentera dan tempat duduk juga panas. Lebih-lebih lagi saya berada dalam kokpit dikeli­lingi kotak elektronik, menjadikannya sangat panas,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Di Sepang, suhu kokpit se­ring mencecah 50 darjah Celcius setiap kali perlumbaan berlangsung.

Dengan terkurung di tempat duduk sempit selain terpaksa memakai pakaian keselamatan, memberi ujian besar terhadap kecergasan fizikal pelumba.

Tidak hairan kebanyakan pelumba cenderung untuk datang di Malaysia seawal mungkin bagi menyesuaikan diri.

“Ia mengambil masa tiga hingga empat hari untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia. Anda perlu memulakan aktiviti di luar supaya badan dapat berpeluh dengan betul.”

“Kami tidak dapat menahan panas seperti orang tempatan, namun kelebihan buat pelumba yang cepat serasi.

“Jaket keselamatan yang digunapakai tidak menyejukkan, sebaliknya si pemakai akan ber­asa pada suhu bilik biasa. Ia akan membuang haba dan bukan menyejukkan badan,” ujarnya.

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

(Visited 1 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *