Makkah Temukan Bibit Cinta Ahya & A. Aida


Makkah Temukan Bibit Cinta Antara Ahya & A. Aida

A.Aida wanita paling rapat dengan Ahya.

PETALING JAYA: Pelakon dan model Ahya Rosli membuat pengakuan dia kini berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi penerbit drama sensasi Datuk A Aida.Ahya, 30, berkata, hubungan mereka menjadi semakin akran selepas mengerjakan ibadah Umrah bersama baru-baru ini.”Dia seorang yang positif, kuat bekerja dan penyayang. Dia juga baik dengan keluarga saya.”Kami sudah kenal lama tapi sejak pergi umrah bersama-sama baru betul-betul rapat. Boleh dikatakan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya kepada mStar Online.

Ahya bersama ibunya Normah Damanhuri (kiri) dan A.Aida ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Ahya menjawab tentang khabar angin hubungan cinta dia dan penerbit drama Andainya Takdir yang dikatakan mula berputik.

Ahya yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu juga mengakui tidak menolak andai jodohnya bersama wanita berusia 47 tahun itu.

“Kalau sudah jodoh saya terima sahaja, Allah itu maha mengetahui. Apa salahnya, keluarga saya juga sukakan dia,” ujarnya.

Aktor itu menunaikan umrah di Makkah bersama ibu dan ahli keluarganya pada 27 November lalu.

Sementara itu, ditanya tentang jarak umur kira-kira 17 tahun, Ahya berkata, perkara itu tidak menjadi masalah dan menganggap ia sebagai perbezaan pengalaman hidup sahaja.

“Perbezaan umur bukan masalah, ia hanya perbezaan pengalaman sahaja. Cuma tentang anak itu perlu juga difikirkan,” ujarnya.

Sumber: mstar

(Visited 97 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *