Macam ni jenis kejujuran..susah nak jumpa.


Susah jumpa yang jujur macam ni…

Status di FB yang dimuat naik Shairazi.

“KALAU semua masyarakat kita macam ni kan bagus,” kata Ahmad Shairazi Ismail, 28, yang menerima nota daripada individu yang mengaku terlanggar keretanya dan membayar kos pembaikan.

Menurut Shairazi dari Kajang, kejadian yang berlaku 2 Disember lalu itu adalah kali kedua dia bertemu dengan individu yang jujur selepas pernah kehilangan dompet bersama sejumlah wang yang dipulangkan semula kepadanyapada 2009.

Katanya, kedua-dua kejadian itu menunjukkan ramai masyarakat di negara ini prihatin dan bertanggungjawab terhadap situasi yang dihadapi setiap hari.

“Kejadian tempoh hari berlaku ketika saya ke majlis perkahwinan rakan dan ketika mahu pulang saya lihat kereta saya sudah calar serta sedikit kemek akibat dilanggar kenderaan lain kerana kawasan meletak kenderaan di situ agak sempit.

“Pada masa itu saya sudah redha dengan kejadian yang berlaku namun ketika mahu masuk ke dalam kereta saya temui nota yang menulis mengaku bergesel dengan kereta saya lalu sertakan nombor telefon untuk membayar kos baiki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Shairazi, lelaki berusia 30-an itu menyuruh dia merujuk kereta itu ke bengkel dan meminta memberikan nombor akaun untuk individu itu membayar semua kos baik pulih berjumlah RM170.

Katannya, dia mengganggap dirinya bertuah kerana kali kedua bertemu dengan individu yang sangat jujur dan tidak menafikan sukar untuk bertemu dengan insan yang sanggup bersusah payah demi tanggungjawab.

“Dulu dompet saya pernah tercicir dan ada insan yang sanggup datang ke rumah mengikut alamat pada kad pengenalan semata-mata untuk memulangkan hak saya.

“Sangat terharu dan memberi inspirasi. Saya harap lebih ramai lagi masyarakat bertindak jujur seperti ini kerana insya-Allah ganjaran lain akan menanti buat hamba yang tidak lari daripada tanggungjawab,” katanya yang baru pulang dari Brunei.

Jumaat lalu, Shairazi memuat naik status di Facebook mengenai kejadian yang berlaku pada Perodua Kelisanya itu dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Sumber:hmetro

(Visited 171 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *