Lelong sarung tangan Sukan Olimpik Rio 2016 RM5,000 untuk sumbangan kepada Pusat Tahfiz.


Azizulhasni Lelong Sarung Tangan Rio2016

Azizulhasni mengucapkan takziah kepada Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod (kiri) ketika hadir bagi melawat pusat tahfiz tersebut pada Rabu. – Bernama

KUALA LUMPUR: Jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang telah melelong sarung tangan yang digunakan semasa Sukan Olimpik Rio 2016 dengan harga RM5,000 untuk sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, di sini, pada 14 Sept lepas.Beliau yang pulang sehari dari Melbourne, Australia, hari ini meluangkan masa untuk melawat pusat tersebut untuk menyampaikan sumbangan dan juga hasil daripada lelongan amal yang diadakan di akaun Instagram beliau, empat hari lepas.Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung keperluan pusat tahfiz berkenaan.

Azizulhasni ketika sedang menjalani latihan Sukan Sea 2017 yang lalu.

“Hasil daripada lelongan dengan pembida tertinggi dengan RM5,000 dan juga ditambah dengan sumbangan beberapa individu, kita sedekahkan kepada pusat tahfiz ini.

“Saya harap dengan bantuan kecil ini dapat meringankan pusat tahfiz dan anak-anak tahfiz ini,” katanya, yang turut mengikuti perkembangan tragedi kebakaran pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 murid serta dua warden pusat berkenaan.

Azizulhasni melelong sepasang sarung tangan basikal 5Bling edisi Rio2016 yang digunakan semasa meraih pingat gangsa acara keirin pada temasya Sukan Olimpik di Rio tahun lepas. – Bernama

Sumber: mstar.com.my

(Visited 18 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *