Kerana Kejujurannya..Tanpa Disangka Dibayar Cash!… RM5K..Terbaik.


Kerana Kejujurannya..Tanpa Disangka Dibayar Cash!

Gambar sejumlah wang kertas yang ditemuinya dalam beg yang dipercayai tercicir secara tidak sengaja.

Gambar itu pernah dimuat naik di laman Facebook group Warga Kuantan.

“Jumpa beg jatuh di Jalan Berserah. Mungkin penunggang motosikal yang punya ini sebab tali beg ini terputus. Wallet tak ada, cuma yang ada duit sahaja. Macam mana nak cari? Kalau rasa dia punya, PM saya, nyatakan jumlah dan ciri-ciri beg serta jenama beg. Kalau tak ada juga, saya pakai duit ini,” katanya.

Tidak beberapa lama kemudian, tampil seorang lelaki  menuntut semula beg dan wang tersebut.

Bimbang ditipu individu terbabit,  beberapa diberikan soalan untuk kepastian yang lebih mendalam.

“Minta jasa baik abang bantu saya. Bos saya paksa, suruh cari juga duit itu sampai dapat. Gaji saya setahun pun belum tentu ada banyak itu,”

Oleh kerana sikapnya yang jujur itu, majikannya mahu memberikan ganjaran sebanyak RM5,000.

“Bos saya ada cakap tadi, kalau sesiapa yang jumpa, dia akan bagi ganjaran RM5,000. Rezeki abang. Dia cakap, susah nak jumpa orang sejujur abang,”

Zaman sekarang ini, sukar untuk jumpa individu yang jujur. Pantang tengok duit berkepok, licin habis dikebasnya. Mujurlah duit itu ditemui oleh manusia yang jujur. – PIXEL MEDIA

Sumber:thereporter

(Visited 100 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *