Kelahiran Anak Selebriti Sepanjang Tahun


#Throwback2017: Kelahiran Anak Selebriti Sepanjang Tahun

#Throwback2017: Kelahiran Anak Selebriti Sepanjang Tahun Pilihan Astro Gempak

Tahun 2017 telah menyaksikan ramai selebriti menimang cahaya mata.Ada yang menyambut cahaya mata sulung, ada juga yang sudah mempunyai anak, menambah bilangan zuriat pada tahun ini.Selain nama unik yang diberikan, kisah dan pengalaman yang dikongsi selebriti ketika proses bersalin turut mendapat perhatian pembaca.Di sini Astro Gempak menyenaraikan 10 pasangan yang menyambut kelahiran cahaya mata pada tahun 2017:

1) Fad Bocey 

Isteri pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 19 November lalu.

Fad dan Syahirah sebelum ini dikurniakan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.

2) Amyra Rosli & Amar Baharin

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Bayi comel itu diberi nama Aqeef Anaqi dan memiliki akaun Instagramnya sendiri dan mempunyai seramai 176 ribu pengikut setakat ini.

3) Saharul Ridzwan

Pelakon, Saharul Ridzwan selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 6 Jun 2017.Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir telah menamakan anak lelaki mereka, Muhammad Luth Ali.

4) Sharifah Sakinah

We never had a proper family portrait. Well until now.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Pengacara dan pelawak ini melahirkan anak sulungnya, Anais Adha pada 25 Mei 2017 secara pembedahan.

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, yang mesra dipanggil Aliff, pada Mac 2015.

5) Mila 

Bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, pada pukul 9.45 malam 12 Mei lalu.

Mila selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Mohd Arif Zikri  dengan berat 2.78 kilogram menerusi pembedahan.

6) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Teman bapak sadokan badan sat😎

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Aktres yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 10 pagi pada 9 Mei 2017.

Bayi sulung yang diberi nama Syeriv Samheizy dilahirkan di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Pasangan ini juga memilih untuk berkongsi gambar terkini anak mereka di media sosial masing-masing malah Syeriv Samheizy itu juga telahpun memiliki akaun Instagramnya sendiri dan mempunyai seramai 375 ribu pengikut setakat ini.

7) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

#myEverything #alhamdulillah @puterisarahliyana @syaikhulislam2017

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Pasangan ini telah menerima kedatangan cahaya mata pertama mereka yang dinamakan Syaikhul Islam.

Syaikhul dilahirkan pada 19 April lalu di Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

8) Adira

c 🌸 @anggrek_aa

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Penyanyi Adira selamat melahirkan anak sulungnya pada 11 Mac 2017 di sebuah hospital swasta.

Pasangan Adira dan Datuk Red menjadikan bunga Anggerik sebagai nama pilihan untuk anak sulungnya.

9) Akim Ahmad & Stacy

Pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy, menyambut kehadiran cahaya mata sulung jam 5.17 petang pada 17 Februari 2017.

Bayi comel itu diberi nama Eshaal Afiq Hakim dan Stacy sebelum ini memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.

10) Shahrol Shiro

Pelawak yang berkahwin dengan Nor Farhanah Syamimi menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Iskandar Rizqi pada  8 Februari lalu.

Iskandar Rizqi dilahirkan pra matang ketika kandungan Farhanah berusia 35 minggu, dengan berat hanya 2.1 kilogram.

Di kesempatan ini Astro Gempak juga ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa selebriti yang dijangka menyambut kelahiran bayi pada tahun 2018 iaitu, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jihan Muse, Nora Danish, Fizo Omar dan Ozlyn!

“Hello 2018 babies!”

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber:gempak.com

(Visited 57 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *