Inilah Contoh Wanita ‘Payung Emas’, Min Yasmin Restu Julfekar Kahwin Lagi


Min tidak kisah jika suami ingin berkahwin satu lagi.

ISU poligami sesuatu yang sangat sensitif bagi sebahagian besar golongan wanita yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.

Namun berlainan pula dengan penyanyi Min Yasmin yang mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara tersebut yang memberi restu untuk suaminya menambah ‘cawangan’ lagi.

Menurut Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 29, dia tidak kisah jika suaminya yang juga komposer, Julfekar ingin berkahwin satu lagi.

“Saya pernah berbincang dengan suami tentang poligami ini. Malah, saya ada beritahu yang saya tak kisah jika dia nak berkahwin lain.


Min dah Julfekar berkahwin pada 2014.

“Bagi saya, memang isu itu sensitif bagi sesetengah wanita namun jika kita ambil perkara itu positif mungkin bukanlah sesuatu yang negatif,” kata Min kepada mStar Online.

Min ditemui ketika majlis pelancaran album pertamanya berjudul Min Yasmin Pangarap yang mengandungi 14 buah lagu di Manila Polo Club, Filipina pada 22 Februari lalu.

Biarpun Min bersetuju untuk Julfekar mempunyai isteri lebih daripada satu namun bakal madunya itu perlu ada latar belakang yang baik.

“Walaupun saya dah bersetuju tapi saya nak pastikan wanita yang akan berkahwin dengan suami saya itu perlu mempunyai latar belakang yang baik.


Min lebih dikenali di Manila, Filipina.
“Bukan sekadar pilih yang mana kita suka sahaja untuk jadikan isteri,” ujarnya.

Min dah Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah berkahwin pada 4 April 2014 dan masih belum dikurniakan zuriat.

Kata Min, setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti inginkan mempunyai anak namun dia berserah pada takdir Allah.

“Siapa yang tak nak anak. Semua orang yang dah berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri. Cuma, rezeki anak belum lagi.

“Memang sedih apabila orang bertanya tapi nak buat macam mana. Kami masih lagi berusaha. Saya harap semua orang boleh mendoakan sama-sama yang terbaik untuk saya dan suami,” katanya.

Julfekar sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai empat orang anak berusia antara

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Zaini Mohd Zain, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan yang berumur antara 27tahun hingga 34 tahun.


Sumber: mstar, instagram minyasmin

(Visited 45 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *