Hanya Pemberi Maklumat Terawal Dapat Ganjaran – Aliff Syukri


PETALING JAYA: Tiada isu mungkir janji dalam tawaran yang dibuat pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung kes kecurian wang tunai dan barangan kemas melibatkan bekas pekerjanya.Jutawan kosmetik berusia 31 tahun itu menegaskan beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman video dan resit pemberian wang tunai kepada pihak yang telah menghubunginya sebelum ini dan menyalurkan maklumat berkaitan suspek kes itu.”Saya ada empat orang gaji, dua sudah diberkas sebelum ini dan dua yang lain pula berjaya ditangkap polis baru-baru ini.”Duit ganjaran itu saya nak bagi pada waktu pertama kali bekas pekerja saya ditahan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.Untuk rekod, dua bekas pekerja Aliff Syukri ditahan oleh pihak polis pada 22 Januari lalu berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada orang awam.


Salah seorang amah Aliff Syukri yang disyaki terlibat dalam insiden kecurian telah di bawa ke balai polis pada 18 Jun tahun lalu.

Dakwa penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini lagi, beliau tidak menyangka bahawa dua pekerjanya itu masih berada di Malaysia dan dimaklumkan bahawa pasangan suami isteri itu sudah pun menukar nama dan wajah mereka agar sukar dikenali.

“Sudah lama orang gaji saya itu lari dan dalam masa sama, duit dan barangan kemas saya yang hilang itu tidak dapat balik.

“Takkan ada empat orang gaji, saya kena bagi RM20,000 (RM5,000 seorang) pula. Saya bagi kepada individu yang terawal itu sahaja, tetapi pemberi maklumat yang terbaru ini mengugut untuk ‘viral’,” ujarnya.

Bagaimanapun, usahawan tersebut mendakwa sudah menawarkan wang saguhati kepada lelaki tersebut, namun ditolak kerana dia bertegas mahu dibayar jumlah sama dengan nilai tawaran awal yang dibuat Aliff Syukri.

Terdahulu, mStar Online pada Sabtu melaporkan, hasrat seorang lelaki untuk membantu seorang usahawan kosmetik menjejaki bekas pekerjanya yang dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas bagaikan tidak dihargai apabila ahli perniagaan itu didakwa mungkir janji.

Lelaki dari Klang, Selangor yang ingin dikenali sebagai Abu itu meluahkan rasa kecewa dan marah kepada jutawan berstatus Datuk kerana bertukar fikiran sebaik sahaja kedua-dua suspek berjaya ditahan pihak polis hasil maklumatnya.

Dapat RM5,000 Tangkap ‘Bibik’ Aliff Syukri

ADA rumah besar pun tak guna! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat terhadap pengasas produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri yang terpaksa tidur di hotel gara-gara trauma kerana barangan berharga dan wang tunai bernilai RM100,000 miliknya dikebas orang gaji.Malah usahawan itu sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya empat orang gajinya itu yang sudah cabut lari.Tawaran itu dikongsi beliau menerusi satu rakaman video berdurasi 6.14 saat yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ pada malam Ahad.Kata Alif, dia termakan pujuk rayu pembantu rumahnya yang mencuri agar tidak melaporkan hal berkenaan kepada polis namun sebaliknya mereka telah melarikan diri.”Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar polis. Saya termakan pujuk rayu atas dasar balas kesian sesama manusia. Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki iaitu suami salah seorang daripada mereka sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang, jam dan cincin saya bernilai RM100k, saya tidak lagi percaya pada bibik yang gaya bak malaikat.

“Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya. Telefon saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon pengurus saya di profile jika ada sebarag urusan yang serius,” tulisnya.


Aliff Syukri bersama seorang anaknya tidur di hotel kerana trauma.

Dalam rakaman video itu, Aliff yang ditemani isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid menawarkan wang tunai RM5 ribu kepada orang ramai yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkapnya pencuri berkenaan.

Dalam pada itu pada posting terbaru di Instagram miliknya, beliau memuatnaik sekeping gambar bersama seorang anak sedang tidur di bilik hotel kerana trauma dengan kejadian kecurian tersebut.

“Trauma. Saya takut tidur di rumah sendiri dan saya sekeluarga terpaksa tidur di hotel. Bibik pernah bawa jantan tidur rumah ketika saya tiada dan mencuri. Malah tukang kebun saya orang Malaysia tahu tetapi tidak maklumkan kepada saya kejadian ini sebaliknya bersekongkong membelikan telefon dan topup mereka selama ini. #tolongberkasmaidsaya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kisah ‘Bibik Pencuri’ menjadi perhatian dan bualan netizen apabila Aliff bertindak mendedahkan perkara tersebut menerusi ‘live video’ di sosial media miliknya pada Rabu lalu.

Sumber:mstar

(Visited 98 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *