(Gambar) Tak Ramai Mampu Buat, Gelagat Lelaki Ini Sabar Layan Karenah Ibunya Yang Uzur Di Sebuah Restoran Sentuh Hati Netizen


Tanggungjawab seorang insan yang bergelar ibu dalam membesarkan anak-anak amat memenatkan. Namun, ketabahan yang ada dalam diri mereka tidak boleh dipertikaikan. Mereka ini adalah insan yang menjaga dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang. Kasih yang dicurahkannya tiada yang dapat tandingi. Itu belum dikira dengan menahan kesakitan ketika hendak melahirkan kita.

Ketika kecil, segala tangisan dan kesakitan yang kita rasai, ibu lah orang pertama yang dicari. Dia lah yang menjadi sahabat gelak tawa, suka dan duka. Tapi apabila kita sudah dewasa, masa yang diberikan kepada ibu amatlah sedikit.

Kadang kala, kita hanya membiarkannya dia dikampung tanpa ada perkhabaran. Adakah mereka ini demam? Adakah matanya masih jelas melihat sekeliling? Adakah dia masih gagah berjalan. Semuanya tidak pernah dihiraukan.

Namun sudah pasti tidak semua anak begitu, pasti ada diantara kita ini setia disisi ibu dalam merawat segala kesakitan yang dialami. Menerusi satu rakaman gambar yang diambil oleh pengguna laman Twitter, Shahreen Rahimketika dia berada di sebuah restoran sudah pasti akan menyentuh hati sesiapa sahaja.

“Saya tidak minta lain kecuali syurga teratas bagi lelaki ini dan ibunya.”

“Cara dia menunggu dengan sabar untuk memberi makan kepada ibunya, dengan mesra meletakkan tangannya di atasnya, dengan lembut mengangkatnya dan membawa dia dari kerusi roda ke dalam kerusi roda itu pastinya mengisnpirasikan saya untuk jadi seorang anak suatu hari nanti,” katanya dalam ruangan Twitternya.

Kisah tersebut telah mendapat 5,067 perkongsian dan 3, 431 ‘like’ dari pengguna laman sosial.

Sumber – twitter Shahreen Rahim‏ , siakapkeli

(Visited 133 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *