Dek Wan Ke Layar Perak?


Kisah Hidup Dek Wan Ke Layar Perak?

NAMA atlet negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mula meniti di bibir netizen selepas menjulang pingat emas dalam acara larian lelaki 100 meter T36 di temasya Paralimpik Rio tahun lalu.

Ridzuan atau lebih mesra dengan sapaan Dek Wan merupakan atlet paralimpik pertama yang membawa pulang pingat emas di temasya antarabangsa itu untuk Malaysia.

Pernah suatu ketika kisah hidupnya sebelum bergelar atlet negara tular di laman-laman sosial dan telah memberikan inspirasi kepada banyak pihak.

Disebabkan itu, pengarah filem, Tunku Mona Riza terpanggil untuk memfilemkan perjalanan kisah hidupnya dari seorang penjual nasi lemak ke juara dunia bagi acara pecut 100 meter.

“Insya-Allah, saya sedang merancang untuk projek menghasilkan sebuah filem atlet paralimpik negara iaitu Ridzuan Puzi dan sekarang dalam proses mencari bahan.

“Saya sudah berjumpa dia, ibu bapanya dan orang sekelilingnya. Selain itu beberapa orang penting yang bertanggungjawab membawanya ke dalam bidang sukan secara serius,”katanya dipetik laporan mStar Online.

Menurut Tunku Mona, dia percaya disebalik kejayaan Dek Wan pada hari ini tersimpan 1001 kisah yang mendorong pemuda berusia 30 tahun itu bangkit untuk meneruskan impiannya dalam acara sukan.

Khabarnya, calon pelakon untuk membawakan watak itu juga sudah ada.

“Projek ini sudah bermula empat bulan lalu dan saya juga sudah jumpa pelakon yang bakal membawakan watak Ridzuan Puzi. Tapi saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana bimbang tidak jadi.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan umumkan dalam masa terdekat,” tambahnya lagi.

Khabarnya, pengambaran filem yang memaparkan kisah hidup atlet negara ini bakal dilangsungkan pada awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, pengarah filem ini telah merangkul anugerah bagi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Redhadi Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada Sabtu lalu.

“Alhamdulillah saya tidak sangka dipilih untuk menang kategori ini. Pada mulanya saya buat filem Redha itu hanya sekadar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kanak-kanak autism,” ujarnya.

Wah, nampaknya lepas ini akan bertambah lagi cerita-cerita yang memberi kesedaran dan inspirasi kepada masyarakat pada masa akan datang, daripada kisah gangster, hantu dan rempit sahaja!

Sumber:MYNEWSHUB

(Visited 1 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *