Cukuplah fitnah saya!


Cukuplah fitnah saya! – Aiman Tino

KUALA LUMPUR 27 Sept.- Tidak cukup dengan fitnah dia dikatakan meninggal dunia, penyanyi popular, Aiman Tino sekali lagi berdepan dengan tohmahan apabila dia didakwa ditangkap khalwat baru-baru ini.

AIMAN TINO terkilan kerana sering menjadi mangsa fitnah.

Menafikan dakwaan tersebut dengan nada tegas, Aiman menganggap tindakan fitnah yang dilakukan oleh pihak tertentu itu sebagai satu cara untuk mengaut keuntungan di atas statusnya sebagai penyanyi.

Dia juga terkilan dan kecewa Cukuplah fitnah saya! pihak yang tidak bertanggungjawab itu menghentikan segala dakwaan-dakwaan yang tidak masuk akal itu.

“Bila dapat tahu tentang dakwaan tersebut, saya terkejut juga tetapi tak mahu ambil pusing sangat. Kalau mati pun orang boleh buat main, apatah lagi fitnah-fitnah seperti ditangkap basah ini.

“Cuma saya terkilan apabila maruah keluarga dan nama baik saya dicalarkan demi keuntungan sendiri. Saya tak faham kenapa ada orang sanggup makan daging saudara sendiri dengan fitnah orang lain.

“Tak apalah, lebih banyak pahala saya dapat. Saya positif dan anggap ini hanya permainan dunia seni. Tapi, cukup-cukuplah fitnah saya. Seronok ke dapat dosa?” katanya kepada UTUSAN ONLINE hari ini.

Baru-baru ini, dunia seni dikejutkan dengan dakwaan dalam sebuah blog kononnya Aiman ditangkap khalwat bersama seorang perempuan di dalam sebuah kereta.

Dalam pada itu, bapa Aiman, Yusri Ishak memberi amaran kepada penulis blog tersebut untuk memohon maaf dan menghentikan segala dakwaan tidak berasas tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Saya sudah berbincang dengan pihak peguam dan kami memberi peluang kepada penulis tersebut meminta maaf dan hentikan fitnah tersebut. Sekali lagi fitnah seperti ini timbul. kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang,” katanya.-

Sumber : UTUSAN ONLINE

(Visited 22 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *