Che Ta ‘Selamber’ Sound Zain Saidin DAN jika Zain Saidin mahu anak lagi memang sweet kan pasangan ni..


Che Ta ‘Selamber’ Sound Zain Saidin DAN jika Zain Saidin mahu anak lagi

Pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta, beliau sememangnya sibuk dengan urusan pernigaan sehingga kadang-kadang dia terpaksa meninggalkan suami untuk ke luar negeri. Lebih menarik lagi, setiap kali posting yang dikeluarkan menerusi Che Ta pasti mencuit hati dan sarcastic.

Baru-baru ini, Che Ta ada memuatnaik gambar dalam aksi sedang berbual dalam telefon dan memberi amaran kepada suaminya supaya tidak berkunjung ke pusat karaoke. Malah lebih lucu Che Ta menasihatkan suaminya jangan ‘extend masjid’ bermaksud kahwin lagi.
“Hello sayang.. i kat kelantan lagi ni. jangan noti noti (nakal) ok.., jangan pergi karaoke, jangan extend masjid, ok bye”

Rata-rata netizen menyangka pesanan tersebut berkait rapat dengan isu-isu panas dalam dunia hiburan, namun ini hanya spekulasi kerana Che Ta sendiri tidak menyatakan mana-mana nama individu dalam kapsyen itu.

Pesanan Che Ta ini seolah-olah berkait rapat dengan isu semasa dikalangan artis tempatan. Ada yang terpalit dengan kontroversi diserang di Pusat Karaoke oleh isteri, tak kurang juga yang dituduh perampas suami. Macam-macam terjadi dalam dunia seni hiburan sepanjang tahun 2017 ini.

Che Ta tuntut beg tangan baharu jika Zain Saidin mahu anak lagi

Pelakon Rozita Che Wan tidak keberatan untuk menghadiahkan suami cahaya mata kedua asalkan Zain Saidin sanggup memenuhi permintaannya.

Rozita, 44, berkata walaupun agak terlewat untuk hamil kali yang keempat namun pelakon yang mesra disapa Che Ta ini menganggapnya sudah suratan Tuhan.

“Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak.

“Bulan depan saya dan Zain serta Aaisyah Dhia Rana akan mengerjakan umrah. Saya berdoa agar hasrat untuk hamil akan diperkenankan Tuhan.

“Kalau Zain mahu saya hamil lagi, dia kena bersedia dengan banyak permintaan saya seperti beg tangan baharu dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.

Zain, 33, sebelum ini dilaporkan dalam usaha memujuk isterinya untuk hamil anak kedua.

“Saya masih dalam proses memujuk, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.

“Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi,” katanya seperti dilaporkan portal mStar Online.

Berkahwin pada 11 Disember 2013, pasangan ini dikurniakan Aaisyah yang kini berusia dua tahun.

Rozita mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 18, hasil perkahwinan pertamanya.

olahan:sembang media

Sumber : http://www.themalaymailonline.com / puncakviral

(Visited 513 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *