Belum Reda Isu Kontroversi Positif Dadah, Video Farid Kamil ‘Layan’ Bigo Live Pula Tersebar?


Isu sensasi melibatkan pelakon lelaki popular, Datuk Farid Kamil hangat diperkatakan apabila beliau ditahan polis selepas didakwa mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam. Susulan kejadian itu, ujian air kencing dijalankan dan beliau disahkan positif dadah jenis ganja.

Pelbagai respon yang diterima, rata-rata sangat terkejut dan tidak menyangka pelakon berbakat itu mengambil bahan terlarang. Di Youtube, sebuah video menunjukkan Farid Kamil bersama Sofi Jikan live di aplikasi Bigo pula tersebar?
Video bigo live tersebar?

Menerusi video yang berdurasi 06:29 itu, Farid Kamil bersama rakan artis Sofi Jikan dilihat sedang melayani peminatnya di sesi live Bigo. Difahamkan mereka sedang rancak berkongsi mengenai filem-filem dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Meskipun ada yang cuba memprovok dengan bercakap soal politik, Farid Kamil menegaskan ‘no politic here’. Namun tidak dapat dipastikan bilakah sesi live itu diadakan.
Komen netizen

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak Farid Kamil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sumber : Youtube Viralism Channel

OhBulan!, hangatkecoh

(Visited 447 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *