Balqis seronok tengok peminat ‘hepi’. Tahniah.


LEBIH 10,000 peminat dan penduduk setempat memeriahkan majlis persandingan peserta Mentor Milenia 2017, Balqis dan pasangannya, di Dewan Dato’ Seri Amar Di Raja, Chukai.

Balqis atau Nor Balqis Ahmad Tajudin, 19, dan Mohd Hakimi Ikmal Mohamad Rahim, 24, mengenakan pakaian pengantin serba kuning.

Balqis ketika ditemui menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada peminat yang hadir memeriahkan hari bahagianya.

“Saya seronok sangat kerana dapat berjumpa peminat dan tidak sangka menerima jumlah kehadiran tetamu yang ramai. Mula ingatkan hanya tiga ribu tetamu.

“Bersyukur dapat melaksanakan tanggungjawab ini dan pada masa sama menggembirakan hati orang ramai dan peminat yang berkunjung ke majlis kami,” katanya.

Balqis selamat bergelar isteri kepada Mohd Hakimi yang juga ahli perniagaan dalam majlis yang The Regency Waterfront Kuala Terengganu, 30 November tahun lalu.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran dua rakan artis, Usop Mentor dan Wany Hasrita.

Peminat, Nur Qistina Adriana Badrul Hisham, 15, berkata, dia sanggup datang dari Kuala Terengganu semata-mata untuk menyaksikan pesandingan penyanyi pujaannya itu.

“Sebelum ini hanya dapat lihat Balqis melalui slot Mentor Milenia 2017. Itu sebab saya tak lepas peluang datang majlis ini kerana ia peluang terbaik melihatnya dari dekat.

“Memang seronok apabila berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan berkonsepkan tradisional ini,” katanya.

Nor Fatihar Alia Azila, 23, pula berkata, dia sangat teruja untuk memeriahkan majlis artis kesayangannya itu sehingga tidak lena tidur.

“Bukan selalu berpeluang menghadiri majlis perkahwinan seperti ini lebih-lebih lagi membabitkan artis kesayangan.

“Balqis sememangnya dah cantik, sebab itu teringin sangat untuk melihat dia menggayakan busana perkahwinan,” katanya menetap di Kampung Dusun Nyiur, Kemaman.

Sumber:hmetro

(Visited 31 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *