Awat Bengong Sangat Pi Sepak Polis’- Tak puas hati, rakan dedah kisah silam Farid Kamil


Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
“Awat Bengong Sangat Pi Sepak Polis”- Tak Puas Hati, Rakan Dedah Kisah Silam Farid Kamil

Minggu ni heboh dengan kes Farid Kamil yang ditahan polis bagi membantu kes dia menampar seorang anggota polis dan menyepak seorang orang awam.

Ketika tempoh reman Farid dilanjutkan lagi sehari kelmarin ramai rakan artis yang hadir ke mahkamah sebagai tangga sokongan.

Antaranya Azad Jazmin yang sempat ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Ketika ditanya bagaimana pendapatnya mengenai kes itu dengan berseloroh Azad menjawab:
“Kalau dia didapati bersalah aku akan sepak muka dia”

Azad berpendapat bahawa sudah tentu ada sebab kukuh mengapa Farid melakukan tindakan menampar anggota polis dan menendang seorang awam pada Khamis lalu.

“Tot (Farid), hang apa cerita? Awat bengong sangat pi sepak polis” kata Azad lagi.

Azad yang dilihat kurang senang dengan pelbagai komen negatif netizen terhadap Farid tampil mendedahkan siapa Farid Kamil sebenarnya yang beliau kenali sejak 15 tahun dahulu.

“Farid Kamil adalah seorang yang tidak akan menerima tawaran berlakon yang melibatkan babak buka baju” tegas Azad lagi.

Azad menambah bahawa Farid tidak pernah berkelakuan ganas seperti ini sebelum ini walaupun dia sering bergurau secara kasar dengan Farid.

:::
VIDEO BIKIN PANAS

Sila tonton video:

Sumber – dharian

(Visited 690 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *