Anugerah Datuk Dipertikai Oleh Netizen. Ini Jawapan Fizz Fairuz


Fizz Fairuz hadir bersama isterinya Almy Nadia.

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz berharap orang ramai memahami mengapa beliau dikurniakan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, menjelaskan, penghargaan itu diterimanya kerana beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti pelancongan di negeri kelahirannya itu menerusi syarikatnya Rain Maker Creation Sdn Bhd.

“Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang.

“Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,” ujarnya, memetik laporan Bernama.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Almy Nadia ini menyedari kini memikul tanggungjawab yang berat selepas membawa gelaran tersebut.

Fizz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Sabtu.

Beliau antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima pingat yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sumber: DURIAN MERAH

Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk

Syukur alhamdulillah penghulu segala hari.. amin amin #proudofu @fizzfairuzofficial

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on


Sumber: instagram almynadia8

Tahniah, Fizz Fairuz kini bergelar Datuk. Foto BERNAMA

PELAKON terkenal Fizz Fairuz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Suami kepada aktres Almy Nadia itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima pingat yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Almy bangga dengan pencapaian suami Fizz Fairuz.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Almy yang dihubungi mStar Online memberitahu mereka masih lagi berada dalam majlis istiadat berkenaan.

“Maaf, Almy masih lagi dalam istana kerana majlis belum lagi selesai,” ujarnya.

Dia bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram pada malam Jumaat memuat naik foto dengan kapsyen tanda syukur.

“Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz,” tulisnya.

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Sumber: mstar

(Visited 24 times, 1 visits today)

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *