Anak Nabila Balas Dendam.


Anak Nabila Balas Dendam Dengan Semburan Sabun

Hubungan erat antara Nabila dan anaknya sentiasa mendapat perhatian netizen di laman Sosial. Foto Instagram @kupu_kupu.

ANAK perempuan kepada pelakon Nabila Huda iaitu Keisha Laila berjaya melepaskan semua dendam 2017 terhadap ibunya ketika menyambut tahun baru pada malam, Ahad.

Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil, 33, berkata, Keisha, 7, dengan sengaja menyembur buih sabun ke mukanya sehingga ia memasuki mulut dan menyebabkan dia mengalami pedih mata.

Bagaimanapun, Nabila berkata, dia seronok menikmati malam menyambut tahun 2018 bersama anaknya biarpun hanya dapat melihat bunga api dengan menggunakan sebelah mata sahaja.

“Terima kasih Kash! Awak telah berjaya melepaskan semua dendam 2017 dengan slumber awak spray kat muka mummy eh!

What a lovely 2018! Memang seronok gila dapat rasa sabun masuk mulut, mata pedih! Ala ok je tengok bunga api guna sebelah mata, cermin mata tu pun macam dah berkabus.

“Tak apa lah. Nampak tak muka puas dia tu? Memang tak kelakarlah kena prank dengan anak sendiri. Terima kasih,” kata Nabila.

Nabila memuat naik video dia dan anaknya bermain semburan sempena menyambut tahun baru di laman Instagramnya.

Kapsyen dan video tersebut mendapat perhatian pengikut di Instagramnya yang rata-rata terhibur kemesraan dan gurauan Nabila dengan anaknya itu.

“Tak berhenti ketawa tengok video ni. haha… Selamat tahun baru!

“Hahah so cute nampak sah sengaja. Bahagian arah muka mak dia spray lama sikit.

“Adoi… Gelak awal pagi tahun baru lagi-lagi baca kapsyen tengok ulang kali,” tulis pengikutnya.

Sumber: mstar

(Visited 412 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Anak Nabila Balas Dendam.

  1. Pingback: Anak Nabila Balas Dendam Dengan Semburan Sabun - Koleksi Gambar Pelik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *