Akibat Hutang Inilah Yang Terjadi Kepada Ratu Instagram.



MAYAT Khadizha (kiri) dan Suleiman ditemui dalam keadaan rentung serta sukar dikenal pasti. Gambar kecil, Elena. – Agensi

Moscow: Seorang wanita mengaku mencekik dua anaknya hingga mati sebelum membakar mayat kanak-kanak malang itu semata-mata tidak mampu menyara mereka kerana terlalu banyak hutang.

Elena Karimova, 27, ditahan polis dan disiasat kerana membunuh anak perempuannya, Khadizha, empat tahun dan anak lelakinya Suleiman, dua tahun di tempat duduk belakang keretanya di Nizhny Novgorod, di barat Rusia.

Usahawan kosmetik di Instagram itu kemudiannya membeli petrol di stesen minyak sebelum membawa mayat kedua-dua anaknya ke kawasan hutan untuk dibakar bagi menghilangkan bukti jenayah.

Berikutan bimbang perbuatannya dikesan, Elena memasukkan mayat anaknya yang rentung itu ke dalam kereta dan pulang ke rumah sebelum membawanya ke sebuah gudang untuk dibakar semula keesokan harinya.

Kejadian itu disedari selepas bomba dipanggil untuk memadamkan kebakaran di gudang berkenaan.

Seorang penduduk, Evgeny Katyshev memberitahu, bomba pada mulanya menyangka ia bangkai anjing yang rentung, tetapi selepas menghampirinya, barulah mereka sedar ia mayat kanak-kanak.

“Mayat itu rentung sepenuhnya dengan hanya satu kaki saja tinggal, menyebabkan agak sukar untuk mengenal pasti jantina mereka,” katanya.

Menurut laporan media, kereta sewa Elena yang ditemui berhampiran tempat kejadian membawa kepada penangkapannya.

Elena memberitahu, dia bercerai dengan suaminya beberapa bulan lalu dan sejak itu terpaksa menanggung hutang serta membesarkan anaknya seorang diri.

Sumber:hmetro

Sumber:youtube

(Visited 25 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *