3 Tahun Tinggal Atas Pokok Kelapa. Sebabnya Menyedihkan.


Lelaki Akhirnya Jejakan Kaki Ke Tanah Selepas 3 Tahun Larikan Diri Tinggal Atas Pokok Kelapa

Seorang lelaki bertindak meninggalkan rumah untuk tinggal di atas pokok kelapa selama tiga tahun lalu, di La Paz di wilayah Agusan del Sur di Filipina.

Lelaki yang berusia 47 tahun itu menjejakkan kaki ke tanah kali terakhir pada 2014 sebelum bertindak memanjat pokok kepala setinggi 18 meter.

Sejak itu, dia telah menjadikan pokok kepala itu rumahnya dan tidak penah turun selepas itu.

Gilbert Sanchez dipercayai melakukan perbuatan itu selepas dipukul di kepala menggunakan senjata dalam satu perbalahan.

Menurut ibunya, Winifreda Sanchez, dia masih ingat Gilbert yang ketakutan kerana bimbang seseorang akan datang membunuhnya.

Jelasnya, satu cara untuk memastikan dia terus hidup adalah memanjat pokok paling tinggi yang dijumpainya dan tinggal di situ.

Hidup Gilbert hanya bergantung dengan makanan dan minuman yang dibawa oleh ibunya setiap hari, diangkat ke atas pokok menggunakan tali.

Winifreda berkata dia cuba untuk memujuknya turun dari pokok, sekurang-kurangnya untuk mandi, tetapi ditolaknya.

Apa yang mampu dia lakukan adalah menghantar makanan, air, pakaian dan rokok kepadanya setiap hari.

Namun pada 11 Oktober lalu, satu pasukan yang terdiri daripada 50 orang bersama dengan keluarga Gilbert cuba memujuknya untuk turun sekali lagi, sebelum bertindak menebang pokok kepala itu menggunakan gergaji.

Operasi itu mampu membawa Gilbert turun dengan selamat atau boleh menyebabkan dia terbunuh.

Akan tetapi semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan Gilbert akhirnya menjejakkan kaki ke tanah selepas tiga tahun.


– odditycentral

Sumber:siakapkeli

(Visited 17 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *