17 Yang Kontroversi, Yang Panas di Tahun 2017


17 Yang Kontroversi & Yang Panas di Tahun 2017

Kontroversi, isu panas dalam dunia hiburan bukan sesuatu yang asing malah ia bagai tidak dapat dipisahkan. Baik buruk segala yang telah berlaku kita sama-samalah jadikan ia teladan dan peringatan.

Berbaki kurang seminggu lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal pada 2017, berikut MD imbas semula 17 cerita, isu panas dan ragam dan status para selebriti Malaysia di media sosial, yang telah mencetus kontroversi!

17. Adi Putra ‘Umum’ Cerai Dua-dua Isteri

.

Pada Mac lalu Ady Putra menerusi Instagram miliknya mengumumkan bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan isteri pertama Aida Yusof dan isteri kedua Norshahida Zolkifly. Kenyataan Ady itu sekaligus menjawab tanda tanya mengenai status rumah tangganya.

“Ramai yang bertanyakan tentang status rumah tangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 (Aida Yusof) dan @marmobilespa (Shahida),” tulis Adi.

..

 

16. Malique Kata Bukan Dajjal


Penyanyi rap dan komposer, Malique, 39, menepis dakwaan netizen yang menterjemahkan gambar mata ketiga tertera pada kulit album kompilasi berjudul TKO: Pejamkan Mata sebagai gambaran Dajjal.

Mengulas mengenai isu itu, Malique menjelaskan visual tiga mata berkenaan sebenarnya membawa maksud mata hati, iaitu simbolik kepada mesej usah mudah menghukum sesuatu yang dilihat dari segi luaran semata-mata.

“Maksud sebenarnya ialah mata hati. Mesej yang ingin saya sampaikan adalah jangan kita menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan, pandanglah dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya serta memahami isinya,” katanya.

 

15. Kilafairy ‘Posing’ Melentik

Gara-gara sekeping foto yang dimuat naik menunjukkan gaya badannya melentik dan menonjolkan ‘asetnya’, Kilafairy menerima komen berbaur lucah daripada pengikut di laman sosial. Kila bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan komen negatif itu.

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka,” katanya.

14. Padah Persenda Nama Bapa Watson Nyambek

.
Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek cukup terguris hati dengan penyampai program Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan yang membuat jenaka mempersendakan nama mendiang bapa Watson. Pihak stesen telah pun membuat permohonan maaf dan penyampai serta produksi telah dikenakan tindakan.

13. Sajat Lelaki ke Perempuan?

Pelbagai kontroversi melanda dirinya termasuklah sehingga kini ramai yang masih tertanya-tanya akan status jantina ahli perniagaan kosmetik, Nur Sajat.

Sajat juga pernah memuat naik gambar tisu beserta darah dengan kapsyen “bila datangnya darah kotor untuk bulan ini, OMG”. Posting itu mengundang kemarahan dan kecaman netizen.

 

12. Najip Persendakan PM Najib

.

Program terbitan Mediacorp Singapura, OK Chope! telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia berikutan didakwa tidak sensitif dan secara sengaja memasukkan unsur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila salah satu soalan yang dikemukakan Vernetta berbunyi: “Najib slams ____ for threatening Malaysia’s progress”. (Najib membidas ____ kerana mengancam perkembangan negara).

Paling teruk menerima kecaman ialah pengacara popular, Najip Ali yang dianggap sebagai seorang yang ‘lupa diri’ memandangkan beliau juga mencari rezeki di Malaysia sebagai salah seorang juri program realiti terbitan Astro. Mediacorp Singapura itu bagaimanapun telah membuat permohonan maaf.

 

11. Mia Cium Suami

.
Video menunjukkan Mia Ahmad mencium pipi suaminya Izham Tarmizi yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), sebaik pasukan itu diumumkan menjuarai Piala Malaysia 2017 yang lalu mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ada antara mereka menganggap aksi pelakon drama Hati Perempuan itu keterlaluan kerana aksi itu dilakukan di khalayak.

Mia bagaimanapun tidak ambil pusing dengan kritikan netizen sebalinya dia menjelaskan itu aksi spontannya dan normal bagi pasangan berkahwin terutama ketika meraikan kejayaan insan tersayang.

 

10. Hj Nabil vs Chef Wan

.

Perbalahan antara selebriti cef terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan dan pengacara popular Nabil Ahmad mencuri perhatian ramai.

Kontroversi tercetus selepas Nabil mendakwa Chef Wan menggunakan kata-kata kesat dan menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar. Balas Chef Wan pula, beliau menegur Nabil dengan cara baik dan tiada penggunaan kata-kata kesat dalam ayatnya dan meminta Nabil jangan cepat melatah.

 

9. Nonny Skandal Dengan Suami Adira

.

Pelakon ini dikatakan mempunyai hubungan skandal dengan suami penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Nonny bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dan sanggup bersumpah.

“Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red). Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,” katanya.

 

8. Anak Bapak Gaduh

.

Perselisihan faham antara penyanyi Saleem dan anak kandungnya, penyanyi baru Syafiq Farhain medapat perhatian masyarakat. Timbulnya isu ekoran Syafiq didakwa menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif. Namun perselisihan faham anak beranak itu telah pun selesai.

 

7. Foto Cium Kekasih Tersebar
.

Nama pelakon Fatin Afeefa panas ekoran kewujudan sekeping foto menunjukkan seorang wanita sedang bercium dikatakan mirip seperti wajahnya yang tersebar di laman sosial. Menyifatkan satu tuduhan yang tidak masuk akal, bekas isteri pelakon Adam Shah ini juga tidak menolak ada individu yang cuba menfitnah dirinya.

 

6. Aliff Pukul Bella, Pegang Tangan Afifah

Insiden penyanyi dan pelakon Aliff Azis memukul isterinya Bella Astilla (yang ketika itu masih di dalam pantang) di sebuah pusat karaoke sekitar Julai lalu, cukup menggemparkan dunia hiburan tempatan. Selang beberapa jam, rakaman video Afifah dan Aliff berpegang tangan ketika masuk ke pusat karaoke tersebut tersebar dan isu itu terus tambah panas. Aliff ditahan reman atas dakwaan memukul Bella dan bagaimanapun dia dibebaskan selepas beberapa hari kemudian.

Plot cerita kontroversi ini semakin hangat apabila Afifah mengadakan sidang media menjelaskan tindakannya keluar dengan Aliff ketika itu atas rancangan pihak produksi sekaligus menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan. Kemudian Aliff juga membuat sidang media mendakwa apa yang dibentangkan Afifah tidak beretika, tersasar dan mengarut sama sekali.

Sementara Bella pula membuat kenyataan telah memaafkan Aliff demi masa depan anak serta rumah tangga mereka. Dia telah memberikan peluang kedua kepada penyanyi kelahiran Singpura itu.

5. Boy Iman: Tipu Projek Banglo RM6 juta

.

Pelbagai isu panas mengaitkan nama pelakon, penerbit dan ahli perniagaan Dato Boy Iman termasuklah isu pembelian Dato’. Banyak pihak yang meragui sekaligus mendakwa pangkat yang diterimanya daripada kerajaan Naning itu tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri mahupun negara.

Tidak cukup dengan itu, dia juga memaklumkan menerima pangkat Dato daripada negeri Pahang namun dia dipersendakan sesetengah pihak kerana hanya memuatkan gambar pintu Istana, sekali lagi taraf Dato yang di miliki di pertikaikan. Sekali lagi kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor dari sebuah universiti swasta luar negara.

Kes paling panas dan gempar satu Malaysia ialah sekitar Oktober lalu apabila syarikat miliknya iaitu DBI Properties tebabit dengan nkes penipuan projek pembinaan rumah banglo mini yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. Boy Iman bersama beberapa lagi suspek telah ditahan polis beberapa kali bagi membantu siasatan.

4. Hafiz Ragu-ragu Status Nikah

.

Konflik rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik Joy Revfa tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan pertamanya.

Semakin panas, apabila Joy dalam sidang media yang diadakan mendakwa Hafiz tidak pernah menjaankan tanggungjawabnya sebagai suami dan tidak mampun memberikan nafkah batin. Hafiz pula pada sidang media yang diadakan mengaku dia dan Joy tidak pernah melakukan hubungan kelamin sejak mereka bernikah pada 1 Mei lalu kerana meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijab kabul.

Hafiz, 33, menceraikan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, dengan talak satu pada 25 Oktober lalu.

3. Tunang Sorok-sorok, Nikah Pun Sorok-sorok

.

Pasangan selebriti sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin mencuri perhatian netizen dengan kisah cinta seterusnya membeawa kepada kisah perkahwinan mereka. Kekecohan mula timbul selepas khabar kononnya mereka akan bernikah di tanah suci kota Mekah tetapi ada juga dakwaan mengatakan mereka sudah bernikah awal sebelum berangkat ke Mekah.

Bagaimanapun sejurus pulang daripada mengerjakan umrah pada 23 November lalu, pasangan ini mengaku sudah mengikat tali pertunangan dan belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis perkahwinan.

Namun tiga hari selepas itu, pasangan yang mula menjalin hubungan cinta selepas digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella ini secara senyap-senyao telah bernikah di sebuah hotel di terkemuka di ibu negara.

2. Izreen Azminda Isteri Kedua

.

Status perkahwinan dramatis popular ini terjawab apabila wanita bernama Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, membuat pengakuan rela hidup bermadu dengan pelakon itu.

Izreen, 32, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor. Ibu anak satu itu menerima kecaman dan kutukan daripada netizen sekaligus mengelar dirinya sebagai perampas.

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama,” kata Izreen seperti yang dilaporkan BH online.

“Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

 

1. Fathia Nak Interview PM Najib

Nama aktres jelita ini panas bermula dengan aksinya menari dalam keadaan seksi di aplikasi Bigo. Kemudian dia dikritik kerana mencemuh kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dengan mendakwa cadangan menjadikan Malaysia negara ‘cashless’ akan menjadikan negara seperti zaman batu dengan menggunakan sistem barter.

Enggan mengaku kesilapan dan berkata sengaja mengeluarkan kenyataan sarkastik, “Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik”, katanya.

Pelakon drama Ariana Rose itu ‘buat hal’ sekali lagi kerana mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat lawatan ke Pulau Pinang sewaktu tragedi banjir baru-baru ini. Tweet yang dimuatnaik Fathia sehari selepas lawatan Najib ke Pulau Pinang itu dikecam teruk dan beliau akhirnya mengemukakan permohonan maaf.

Kemudian dia cuba untuk menjadi pakar ekonomi dan harga minyak pula di media sosial. Juga menerusi twitter, Fathia membandingkan harga minyak negara-negara dari Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Malaysia. Perkara ini dijawab oleh penganalisis politik/ blogger Lim Sian See menjelaskan harga minyak negara-negara yang disebutkan Fathia adalah harga pada tahun 2014.

Selain, dia juga menjadi ‘bahan’ sendaan netizen gara-gara memuat naik status mempersoalkan penggunaan tunafoto untuk perkataan ‘Photobomb’. Fathia juga mencuri perhatian umum menerusi status di laman twitternya apabila meluahkan keinginannya untuk menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Saya pernah interview Tun (Dr Mahathir Mohamad) sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview @NajibRazak pulak (Najib)? pleassee? I promise i’ll be good,” tulisnya.

Sumber -mD

(Visited 32 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *