10 Azam 2018 Oleh Para Selebriti ..Kejutan Azam Ke10… Jadi Ke?


Azam 2018 Oleh Para Selebriti

1. Erma Fatima Elak Beli Barang ‘Branded’

BERSEMPENA tahun baru yang akan tiba tidak lama lagi, pengarah terkenal, Erma Fatima berazam untuk mengelakkan pembaziran dengan tidak lagi membeli barangan berjenama.

“Inilah alatan masa kini yang akan menjadikan kita riak! Saya berikrar tidak akan membeli beg, kasut dan sebagainya yang berjenama selepas ini, kecuali Adidas dan Nike kerana ia adalah kasut harianku. Tiada lagi barangan berjenama. Tiada lagi pembaziran!” tulis Erma.

Pembaziran sepanjang hidup 🤔🤔🤔🤔

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

2. Kamal Adli Mahu Hindar Kontroversi

Pelakon, Kamal Adli, memasang azam untuk menghindarkan diri daripada sebarang cerita negatif, sempena kedatangan 2018, selepas sering dipalit kontroversi tahun ini.

Selain itu, bintang Duda Pujaan Dara berusia 31 tahun ini juga berazam untuk menggapai beberapa impian lain termasuk menggenggam trofi pelakon terbaik, memajukan perniagaan dan menamatkan zaman bujang.

“Saya rasa, cukup-cukuplah dengan kisah kontroversi. Biarlah saya lebih maju dalam perkara lain, termasuk perkara berkaitan seni dan perniagaan. Dari segi peribadi pun, saya hendak ke depan.

“Selepas memenangi kategori Pelakon Lelaki Prolifik pada Anugerah Telenovela 2017, baru-baru ini, memang saya mengidamkan pula trofi pelakon terbaik.

“Sementara itu, dalam bab perkahwinan, memang sejak enam tahun lalu saya sudah bercakap mengenainya. Cuma, nampaknya jodoh yang belum sampai,” kata Kamal yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan pelakon jelita, Emma Maembong, 25, sebagaimana dilaporkan BH Online.

3.Ifa Raziah nak kurus macam Ziana Zain


IFA Raziah (kiri) menetapkan azam mendapatkan tubuh ramping seperti bintang terkenal, Ziana Zain. – Foto NSTP

penyanyi, pelakon dan pengacara ini terus menetapkan azam mendapatkan tubuh ramping seperti bintang terkenal, Ziana Zain.

Ketika ini, pemenang dua kali gelaran Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH itu mempunyai berat sekitar 58 kilogram (kg) dan mahu menurunkan 10kg lagi untuk menyamai berat penyanyi Madah Berhelah berkenaan.

“Kalau boleh, saya nak jadi macam Ziana. Badannya yang ramping memang membuatkan ramai yang cemburu. Saya memang kena diet semula mulai 1 Januari. Sebabnya, sejak kebelakangan ini saya sudah mula makan seperti biasa semula.BHonline

4. Khai Bahar

Disoal tentang azam 2018, ringkas sahaja ucapan Khai. Dia mahu karier nyanyiannya terus menyinar dan berharap dapat mengikut jejak langkah seperti penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

5.Ernie Zakri

Ernie berharap kariernya sebagai guru vokal juga bergerak seiring dengan nyanyian. Selain memanjatkan doa agar tahun 2018 menjadi pelengkap bahagia buat dirinya.

6. Syamel

Memacu diri untuk lebih sukses pada 2018, penyanyi berusia 24 tahun itu juga sudah mempunyai pelbagai agenda.“Tahun demi tahun ada sahaja artis baharu yang akan muncul. Jadi, yang ada dalam industri buat masa ini kena ada perancangan untuk kekalkan momentum. Walaupun saya masih baharu dalam bidang seni, namun banyak lagi perkara yang belum terlaksana.

“Antaranya, saya berhasrat untuk menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem-filem besar.Selain itu, saya juga menyimpan angan-angan untuk melakukan showcase pada tahun depan,” kongsinya yang turut menyimpan azam untuk menguruskan badan selain berhasrat untuk membeli rumah sebagai aset di masa depan.

7. Zizan razak

Zizan Razak.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak tidak meletakkan perkahwinan sebagai agenda utamanya sebagai azam bersempena kedatangan tahun 2018 tidak lama lagi.

Zizan, 33, sebaliknya berkata hasratnya cuma satu iaitu ingin memantapkan namanya sebagai pelakon selain memberi fokus dalam mencapai sasaran itu.

Bagaimanapun kata Zizan, seperti jawapannya sebelum ini dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Tuhan dan rezeki.

“Niat tu tahun depan, Insya-Allah kalau ada rezeki tetapi pasal tu saya tidak tahu.

“Bunyinya memang klise tetapi doakan sahaja yang terbaik,” katanya. – Mstar

 8. Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin


SITI NURHALIZA PASANG AZAM TAHUN BARU UNTUK JADI IBU TERBAIK

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang bakal menimang cahaya mata sulung pada Mac tahun ini memasang azam untuk menjadi ibu terbaik kepada anaknya itu.

“Siti juga ingin memberikan limpahan kasih sayang dan cuba mendidiknya dengan sempurna,” katanya.

“Siti juga mahu membuat ‘come back’. Nampaknya, Siti kenalah turunkan berat badan dulu selepas selamat melahirkan nanti. Di samping itu, Siti perlu kembali membuat latihan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan konsert, yang dijadualkan pada hujung tahun depan.

9. Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin merupakan antara artis yang cukup popular ketika ini di mana kelibatnya boleh dilihat setiap hari di kaca televisyen mahu pun di majalah atau akhbar.

Di sebalik popularitinya yang kini berada di puncak, ramai juga yang mengkritik lakonannya yang dikatakan ‘kayu’ sehingga kini, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan kelangsungan kerjaya seninya.

Biarpun tidak terkesan, namun Fattah sentiasa memikirkan untuk memperbaiki kualiti lakonan dan nyanyian dengan menyertai kelas kemahiran bermula tahun hadapan.

Penambahbaikan ini dibuat bagi mengukuhkan lagi jenama dirinya.

“Ini adalah peracangan untuk 2018. Saya ingin perbaiki diri untuk berdepan dunia yang penuh mencabar.

“Bagaimanapun, saya tidak bermaksud mahu mengurangkan aktiviti seni. Sebaliknya, memberi lebih ruang untuk memperbaiki jenama ‘Fattah Amin’,” ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Selain akan menyertai kelas lakonan dan nyanyian, artis berusia 27 tahun ini juga akan mengikuti kursus perniagaan bagi memantapkan lagi perniagaan miliknya.Sementara itu, dalam perkembangan terbaru Fattah kini sedang menunggu tayangan filem sulungnya berjudul “KL Special Force” yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

10. Pep Guardiola ke Johor jika City juara


PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola. – Foto REUTERS

“Pada 19 Oktober 2016, Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berjumpa dengan Pep Guardiola sewaktu perlawanan Manchester City menentang Barcelona di Sepanyol.

“Pep Guardiola menghulurkan tangan berjanji akan datang ke negeri Johor untuk berkongsi idea dan melawat Projek Bolasepak Johor Darul Ta’zim jikalau Manchester City memenangi liga.

“Untuk makluman anda, Manchester City sekarang sedang menduduki tangga teratas ‘Premier League’ ketika ini,” kata kenyataan di Facebook JST.

Olahan:-Berita Hairan

(Visited 85 times, 1 visits today)

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *